Asma' binti Kahariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya dihari
pernikahan anaknya itu:
"Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan.
Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan
berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu."
Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi
langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat
menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena
itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.
Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya
dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan
baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.
Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum.
Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia
melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat
memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang
menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum
menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dalam keadaan
bersih kemas dan terurus. Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati
suami.
Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi
penghibur dirinya, faham apa yang disenangi,
tahu mengambil hati suaminya disamping memberi sikap yang menyenangkan
dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki. Pendek kata bagaimana
lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan
lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga.
Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah
ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang
gelaran bidadari dunia.
Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasih
sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keridhaan Allah,
bukannya dorongan nafsu semata- mata. Masing-masing suami isteri meletakkan
Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.
Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya
rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan
sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan
oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat
baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala
sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat
seribu darjat baginya."
"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti,
Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara
parit itu ialah sejauh bumi dangan langit."
"Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang
untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian
sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah."
Siapa yang tidak mau kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan?
Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan
hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami
terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah
dirinya sebagai seorang isteri senantiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga
yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat
nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga
itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga
itu mendapat perhatianNya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Seorang wanita yang solehah itu
lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan
yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya
tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari
pintu mana yang disukainya tanpa hisab."
Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya
isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan
keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk
akhlak terhadap isterinya?. Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan
jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara
lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja
dari suami.
Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada
Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t.
Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian yaitu pertamanya ujian itu didatangkan
sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan drajat disisi Allah.
Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya
tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak
diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih
dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan
Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada
Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi
Allah daripada suaminya sendiri.
Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun,
sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan
keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di
dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.
Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk
memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah
kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Wanita yang taat akan suaminya semua
burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan
semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya
dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya)."
0 komentar:
Posting Komentar